Sunday, June 26, 2022

Dua lelaki diberkas, miliki peluru dan senjata berbahaya

Secara Rawak

KUCHING: Polis memberkas dua lelaki di sini semalam kerana memiliki peluru dan senjata berbahaya.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ashmon Bajah berkata, kedua-dua suspek berumur lingkungan 20 an dan 30 an ditahan anggota dari Balai Polis Sungai Maong bersama kereta pacuan empat roda yang dicuri di Jalan Stapok, MJC Batu Kawa

Katanya, berlaku kejar mengejar antara pihak polis dengan kedua-dua suspek di Jalan Tawi Sli sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek menemui pelbagai jenis senjata berbahaya seperti pisau rambo, parang dan samurai.

“Turut ditemui satu tali pinggang mengandungi beberapa butir peluru hidup yang belum digunakan dan juga kelonsong peluru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Katanya, pemohonan reman akan dibuat terhadap kedua-dua suspek masing-masing mempunyai 38 dan 19 rekod jenayah lampau dengan pelbagai kesalahan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaraya negeri Sarawak untuk mendapatkan arahan bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru