Tuesday, August 16, 2022

Uche berehat panjang

Secara Rawak

KUCHING: Tamparan hebat buat Sarawak United FC (SU FC) tatkala mengharungi baki perlawanan dalam kempen Liga Super 2022.

Ia berikutan ketiadaan penyerang import, Uche Agba yang terpaksa berehat panjang selama dua bulan ekoran patah tulang rusuk di sebelah kanan badannya.

Ketua Jurulatih SU FC, B.Sathiananthan memberitahu, mengikut laporan dikeluarkan doktor baru-baru ini mengesahkan penyerang prolifik itu akan berehat selama lima minggu.

“Dari laporan awal doktor, Uche Agba akan berehat selama lima minggu. Dan dia pastinya memerlukan masa untuk mengembalikan semula tahap kecergasannya selepas pulih kelak.

“Justeru, dia mungkin memerlukan enam minggu atau lebih dari tempoh masa tersebut,” jelas Sathia kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengakui musibah menimpa Uche Agba ketika perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT FC) perlawanan pusingan kedua Piala FA 2022

Apa pun tambah Sathia, ketiadaan Uche Agba dalam pasukannya mungkin memberi impak terutama dijentera serangan kelak.

Meskipun, beberapa pemain simpanan yang ada mampu menggalas tugas di posisi berkenaan apabila diturunkan pada perlawanan yang menanti kelak.

Sarawak United FC kini masih kekal berada di tangga ke-10, mengumpul 7 mata dan akan menentang Selangor FC untuk aksi kedua terakhir pusingan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 19 Jun ini,” jelas beliau lagi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru