Friday, August 19, 2022

PRU-15: Di manakah Larry Sng hendak bertanding?

Secara Rawak

KUCHING: Di  manakah ahli parlimen Julau hendak bertanding jika jika Parti Bangsa Malaysia (PBM) diterima menyertai Barisan Nasional?

Itulah salah yang dilontarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Maslan Ahmad berkaitan kedudukan Larry Sng.

 “Tapi di mana Larry hendak bertanding? Kalau di Sarawak BN sudah membuat ketetapan untuk tidak bertanding,” katanya menurut laporan Sinar Harian, semalam.

Larry Sng dilantik sebagai Presiden PBM selepas diputuskan perwakilan daripada 12 bahagian PBM yang menghadiri Mesyuarat Khas Persidangan Agung (EGM) parti yang diadakan di Sibu, Sarawak pada awal Januari lalu.

Selain Larry, seramai 30 ahli jawatankuasa kepimpinan baharu PBM turut dilantik dan dipilih dalam mesyuarat EGM berkenaan termasuk pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Wong Judat sebagai Timbalan Presiden.

Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam pula dilantik sebagai Naib Presiden parti itu

GPS berkali-kjali menyatakan bahawa gabungan yang terdiri daripada PBB, SUPP, PRS dan PDP itu akan bertanding di semua 31 kerusi Parlimen dalam PRU-15 nanti.

Dalam PRU-14 pada 2018, GPS – ketika itu BN – memenangi 19 kerusi, tetapi seorang daripada ahli parlimen parti anggotanya dari PRS, Datuk Masir Kujat (Sri Aman) melompat parti menyertai PSB. 

Beliau telah keluar parti itu dan kini menjadi wakil rakyat Bebas.

Menurut Maslan, penyertaan PSB dalam BN akan mengundang masalah terutama berkaitan isu kerusi Parlimen.

BN telah menyatakan persetujuan untuk tidak bertanding di kerusi Parlimen di Sarawak.

Beliau menyerahkan kepada Majlis Tertinggi BN untuk membuat keputusan.

“Sebarang keputusan untuk menjadi ahli gabungan BN perlu diputuskan secara konsensus melibatkan parti komponen utama, iaitu Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS),” katanya dipetik berkata.

Dua lagi kerusi Parlimen yang boleh mencetuskan masalah ialah Puncak Borneo dan Saratok — kedua-duanya kini di bawah wakil rakyat Bersatu.

GPS turut menyatakan akan bertanding di kerusi berkenaan dalam PRU-15.

PRU-15 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini. 

Perjanjian Persefahaman  (MoU) antara PN dengan PH akan tamat pada akhir Julai ini. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru