Sunday, June 26, 2022

Jenazah anak Gabenor tiba di Indonesia esok

Secara Rawak

JAKARTA: Jenazah anak lelaki sulung Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil, yang dilapor dihanyutkan arus sungai pada 26 Mei dijangka tiba di Indonesia esok.

Mayat Emmeril Khan Mumtadz atau Eril, 22, ditemui dalam zon limpahan empangan Engehalde di Bern pada 6.50 pagi, 8 Jun selepas 14 hari pencarian dilakukan.

Menurut  ketua penerangan umum Gatot Repli Handoko, jenazah Eril kemungkinan akan dibawa ke Gedung Pakuan, Bandung. 

Sementara itu, pemakaman Eril akan dilakukan pada Isnin ini. 

“Pemakaman rencana Isnin pagi, di Kabupaten Bandung, di Cimaung,” kata Gatot seperti dipetik Kompas.

Menurut media di sini yang memetik Duta Besar Indonesia ke Switzerland Muliaman D. Hadad, hasil bedah siasat mengesahkan identiti dan punca kematiannya lemas.

Eril dipercayai dihanyutkan arus sungai secara tiba-tiba semasa berenang pada waktu pagi di Sungai Aare, manakala kakak dan rakannya diselamatkan oleh perenang lain.

Mangsa dikatakan berada di ibu negara Switzerland itu untuk mengikuti program ijazah sarjana.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru