Friday, August 19, 2022

Rakyat perhati YB yang tidur

Secara Rawak

MATU: Kemenangan GPS memenangi 76 kerusi dari 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu membuktikan rakyat terutamanya di Matu percaya kerajaan yang ikhlas dan jujur.

Menurut Timbalan Menteri Di Pejabat Premier Sarawak (Integrity dan Ombudsman) juga Adun Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, ia memberi petanda bahawa rakyat Matu mahu melihat Matu terus maju ke hadapan dan tidak mahu ketinggalan.

Sehubungan itu, jelasnya kini era kerajaan untuk mengotakan janji dan pastinya menuntunt pemimpin turun padang bagi melihat apakah janji telah dilaksanakan atau sebaliknya.

“Apa guna menjadi pemimpin, jika mereka tidak bekerja? Tiada keberhasilan pasti mereka akan berasa malu. Dengan setiap tahun tiada perubahan, amanah diabaikan, pembangunan juga tidak dibawa dengan pelbagai projek pembangunan.

“Zaman ini wakil rakyat tidak boleh duduk sahaja, ia telah berlalu. Rakyat cerdik memerhati, dengan adanya zaman media sosial, dari jauh rakyat  boleh menilai dan menghargai wakil rakyat yang bekerja tanpa henti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penangguhan Pesta Matu 2022 di Pekan Matu pada Rabu.

Ujarnya, sejak hari pertama Premier Sarawak dilantik sejak 2017 lalu, beliau terus bekerja kuat dan penglibatannya dalam 40 tahun dalam politik memastikan semua pihak perlu menghargainya sebagai pemimpin yang kuat bekerja.

“Sebagai wakil rakyat kita sebenarnya tiada pilihan dan kita mahu Matu terus menerima impak pembangunan meskipun berdasarkan pemerhatian, kawasan kita jauh ketinggalan dari kawasan lain yang membangun dan terus berubah.

“Setelah diberi amanah menjelajah seluruh Sarawak, dan melihat perbandingan Matu dan kawasan lain, kita juga berasa agak sedih kerana kawasan lain banyak mengalami pembangunan berbanding kawasan lain.

“Itulah hakikat pahit yang perlu saya sebut. Ia memberi motivasi, untuk bekerja keras bangunkan kawasan dan bukannya menjdi wakil rakyat yang tidur,” jelasnya lagi.

Malah dalam pada itu katanya, beliau percaya agensi kerajaan yang terlibat terpaksa bertungkuslumus memastikan hasrat janji pemimpin sentiasa berpijak di bumi nyata dan sentiasa mengotakan janji.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru