Sunday, June 26, 2022

Pengiklanan elektronik: DBKU, SMG meterai perjanjian

Secara Rawak

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Sarawak Media Group (SMG) mengorak langkah dengan memeterai kerjasama untuk merancakkan lagi ekonomi digital Sarawak khususnya di bahagian utara bandar raya ini.

Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang berkata, beliau yakin bahawa kerjasama dengan SMG untuk mampu menyediakan platform yang bersesuaian bagi tujuan pengiklanan khususnya melalui sistem papan iklan digital.

Ujarnya, ini membolehkan DBKU untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian transisi pengiklanan kepada kaedah moden berbanding tradisional.

“Sistem papan digital ini mampu menawarkan lebih banyak kelebihan dan fleksibiliti berbanding sistem yang konvensional dari segi aspek pengiklanan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama dengan SMG di sini semalam seperti dilapor TVS.

Pada majlis berkenaan, SMG diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Sulaiman.

Yang turut hadir, Datuk Bandar DBKU, Datuk Junaidi Reduan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SMG, Rizal Zulkapli.

Sementara itu Suhaimi berkata, SMG berbangga kerana menjadi rakan kongsi DBKU untuk menguruskan sistem papan iklan digital di kawasan Kuching utara.

“Ini sejajar dengan hala tuju baharu SMG untuk meneroka pengiklanan digital di samping mengendalikan saluran televisyen TVS,” katanya.

 

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru