Thursday, August 18, 2022

Penduduk cemas tanah baharu ditembok susur

Secara Rawak

SRI AMAN: Penduduk di Rumah Panjang Kadir, Lepong Simpai Ili cemas apabila tanah yang baharu ditembok untuk dijadikan kawasan parkir susur, tengah hari semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga Sri Aman Ramlan Marajan memberitahu, pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dimaklumkan tentang pergerakan tanah itu kira-kira 12.15 tengah hari.

“Apabila anggota kita sampai, berlaku tanah runtuh di hadapan rumah panjang.

“Kita dimaklumkan tanah yang runtuh merupakan tanah yang ditembok oleh kontraktor pembinaan untuk dijadikan tapak letak kenderaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya, bomba membuat pemantauan dan memastikan keadaan selamat.

“Kita juga menasihatkan penduduk lebih berwaspada dengan sebarang pergerakan tanah dan segera menghubungi agensi penyelamat jika insiden dikesan berulang,” ujarnya.

Difahamkan, tindakan selanjutnya akan diambil alih oleh pihak kontraktor pembinaan projek yang bertanggungjawab.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru