Sunday, June 26, 2022

Kanak-kanak bantu anak kambing cari ibunya, netizen tersentuh

Secara Rawak

Sebuah video dikongsi Goodnewsmovement dalam Instagram mereka menunjukkan kanak-kanak menemani anak kambing biri-biri mencari ibunya menyebabkan netizen media sosial terharu dengan kebaikannya.

Video itu menunjukkan kanak-kanak berjalan bersama-sama anak kambing sambil memberitahu haiwan kecil tersebut tempat ibunya berada.

Anak kambing tersebut seolah-olah memahami kata-katanya dan turut melihat tempat yang di tunjukkan oleh si kecil itu.

Seketika kemudian kelibat ibu kambing biri-biri tersebut berjalan ke arah mereka berdua dan anaknya segera berlari mendapatkannya.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru