Friday, August 19, 2022

Hidup semula jajaran ke Lapangan Terbang Sibu

Secara Rawak

SIBU: Projek naik taraf jalan dari bandar Sibu ke lapangan terbang akan dihidupkan semula seperti yang dirancang dalam pelan asal jajaran Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak sebelum ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia melibatkan jalan dua lorong dua hala yang memerlukan proses naik taraf agar selari dengan piawaian pelan pembangunan LPB baharu.

“Konsep yang dilakukan sekarang berbeza dengan pelan asal terdahulu kerana ia jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya.

“Pada asalnya ia memang sudah dirancang, namun telah dibatalkan semasa pertukaran Kerajaan Persekutuan dan kita akan hidupkan pelan tersebut selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ucapan ringkasnya pada majlis makan malam Program FTRoadPedia KKR 2022 di sebuah hotel terkemuka di Sibu pada Khamis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru