JAKARTA: Kes positif Covid-19 di Indonesia mengalami trend peningkatan sebanyak 31 peratus dalam tiga minggu terakhir.
Jurucakap Satuan Tugas Penanganan Covid-19 Wiku Adisasmito menjelaskan peningkatan ini melebihi kes yang terjadi pada 22 Mei 2022.
“Jika dilihat pada grafik kes positif Covid-19 mingguan terjadi kenaikan 571 atau 31 peratus dari kes bagi tempoh 22 Mei 2022, iaitu dari 1,814 menjadi 2,385 kes mingguan,” kata Wiku pada sidang media YouTube Sekretariat Presiden seperti dipetik Kompas.com.
Selain itu juga terjadi peningkatan kes aktif Covid-19 dalam empat hari terakhir sebesar 328 kes atau 10 peratus daripada kes harian pada 2 Jun 2022 yakni 3.105 menjadi 3.433 kes.
“Hal ini penting untuk diwaspadai mengingat selama kurang lebih tiga bulan berturut-turut sejak gelombang Omicron kita berhasil mempertahankan kes agar tetap stabil,” jelasnya.
Meskipun begitu, kenaikan pada kes tersebut tidak diikuti dengan trend kenaikan tingkat keterisian tempat tidur (BOR) di rumah sakit.
Trend kematian mingguan akibat Covid-19 juga hingga kini masih terus mengalami penurunan.
Menurut Worldometer, Indonesia kini berada di tangga ke-19 dunia dari segi jumlah keseluruhan kes jangkitan dengan lebih enam juta kes.
Jumlah kematian setakat petang ini ialah 156,362 kes.