Friday, August 19, 2022

Jalan lama Pan Borneo perlu dinaik taraf – Fadillah

Secara Rawak

SIMANGGANG: Kementerian Kerja Raya (KKR) kini dalam proses memohon semula peruntukan bagi menaik taraf jalan Pan Borneo lama (Red Line) yang telah dibatalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukan tersebut penting bagi memastikan laluan standard bagi keempat-empat laluan Pan Borneo Sarawak yang baharu mempunyai kualiti yang serupa.

Menurutnya, Red Line Pan Borneo berukuran 200 kilometer itu merupakan projek laluan Pan Borneo yang dibina ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebelum berlakunya perubahan kerajaan BN kepada PH, Red Line ini sedang dalam proses tender tapi bila pertukaran kerajaan PH, ia dibatalkan.

“Justeru buat masa ini, kita dalam proses untuk memohon semula peruntukan untuk membina semula Red Line,” katanya dalam sidang media di pusat Rehat dan Rawat (RnR) Temudok, di sini, hari ini.

Tambahnya, naik taraf laluan tersebut bertujuan agar kesemua laluan adalah setaraf laluan Pan Borneo baharu, sekali gus memastikan tiada perbandingan dilakukan terhadap kedua-dua komponen Pan Borneo Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru