Sunday, June 26, 2022

Belum dapat dipastikan mangsa dibaham buaya atau mati lemas

Secara Rawak

NIAH: Seorang individu dipercayai hilang di sungai dekat Ladang Kuala Suai, Sungai Telung Batu Niah tengah hari tadi masih belum ditemui.

Kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak memaklumkan, laporan kehilangan diterima kira-kira 12:55 tengah hari.

“Maklumat awal yang diperoleh oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah menyatakan mangsa berkemungkinan hilang di sungai.

“Namun belum dapat dipastikan sama ada mangsa dibaham buaya atau lemas kerana kerana tiada saksi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terus digerakkan petang tadi sehingga ditangguhkan 6.30 petang bagaimanapun tidak menemukan mangsa,” katanya hari ini.

Pasukan SAR ada menjumpai motosikal, topi, kasut dan beg sandang dipercayai milik mangsa berhampiran tepi sungai tersebut.

Operasi akan disambung esok setelah usaha mencari ke kawasan hulu dan hilir sungai dalam radius dua kilometer gagal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru