Tuesday, August 16, 2022

Awas! Lapan ekor buaya berkeliaran

Secara Rawak

DALAT: Nelayan sungai di Batang Oya, Kampung Kekan hingga Kampung Medong diingatkan sentiasa berwaspada kerana di sini terdapat tujuh hingga lapan ekor buaya gergasi yang berkeliaran.

Salah seorang penduduk di sini, Syuradi Budang, menemui kelibat ‘sang bedal’ yang agar besar di kawasan perairan di sini.

“Nelayan sungai atau kaki pancing mesti berhati-hati… awas! pergerakan anda pasti akan diperhatikan ‘sang bedal’.

“Saya ada melihat beberapa ekor buaya besar berenang di kawasan tersebut,” ujar Syuradi.

Beliau turut berharap pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Sementara itu, pada pertengahan Mei lalu seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun hilang diserang buaya dalam kejadian terkini di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching.

Insiden dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 pagi. Buaya tersebut kanak-kanak berkenaan dan mengheretnya ke dasar sungai.

Manakala misteri kehilangan seorang lelaki juga pada pertengahan Mei lalu ketika menangkap ikan di Sungai Kangka, Lundu terjawab apabila kepalanya ditemui hanyut sekitar satu kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Kepala mangsa ditemui anak saudaranya, yang menyusuri sungai tersebut. Mangsa dipercayai dibaham buaya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru