Sunday, June 26, 2022

Tukar nama kepada Salmon demi dapatkan sushi percuma

Secara Rawak

TAIWAN: Sebilangan peminat sushi Taiwan yang menukar nama mereka secara sah dengan perkataan ‘salmon’ sebagai sebahagian daripada aksi promosi sebuah restoran, kini mula terkesan dengan tindakan mereka.

Pada Mac 2021, saluran berita antarabangsa menyiarkan promosi pelik rangkaian restoran Taiwan Sushiro, yang menawarkan sushi pada harga diskaun atau percuma sepenuhnya kepada individu yang menukar nama mereka secara sah dengan menyertakan perkataan ‘salmon’.

Tawaran itu menyebabkan ratusan orang menjadi teruja.

Lebih 330 daripada mereka benar-benar melakukan penukaran nama yang sah, di sebalik usaha pekerja Pejabat Pendaftaran Isi Rumah menghalang pertukaran itu.

Promosi tersebut mendapat liputan meluas di media, malah disifatkan sebagai memalukan negara oleh ahli politik Taiwan.

Sepanjang promosi itu sebahagian besar daripada beratus-ratus yang dinamakan ‘Salmoners’ melayan diri dan rakan dengan hidangan sushi percuma.

Atau mereka mengenakan bayaran kepada orang lain untuk duduk di meja khas mereka, dan kemudiannya menukar kembali nama mereka kepada nama asal tanpa sebarang masalah.

Namun tidak semuanya bernasib baik.

Lebih setahun selepas insiden kekecohan “Salmon” itu, segelintir daripada mereka yang menukar nama kepada Salmon terpaksa mengekalkan nama tersebut kerana undang-undang Taiwan membenarkan rakyatnya menukar nama tiga kali sahaja.

Selepas huru-hara ‘salmon’ insiden sesetengah orang menukar nama mereka tiga kali dan kini tidak mempunyai cara untuk menukarnya semula,” kata penggubal undang-undang Parti Kuasa Baru, Chiu Hsien-chih.

Ekoran itu ada yang masih kekal dengan nama lucu seperti ‘Salmon Handsome’, ‘Salmon Menari’ atau ‘Salmon Dream’ mungkin untuk seumur hidup mereka, lapor Odditycentral.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru