Tuesday, August 16, 2022

Premier: Biasiswa Yayasan Sarawak untuk semua rakyat Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Yayasan Sarawak menyediakan beasiswa dan bantuan untuk semua rakyat Sarawak, bukan hanya bagi kaum Melayu atau Bumiputera sahaja.

Premier Sararawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, terdapat segelintir pihak yang mempunyai persepsi salah tentang perkara tersebut.

“Bantuan dan biasiswa Yayasan Sarawak disediakan untuk semua kaum, asalkan anda adalah ‘anak Sarawak’.

“Dalam lembaga pengarah yayasan juga, kita mempunyai wakil Cina iaitu Datuk Willian Lee Bong Tong. Apabila kita hendak memberikan biasiswa, permohonan itu dibincangkan dalam lembaga kerana kita mahu berlaku adil kepada semua masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-50 Yayasan Sarawak di Hotel Pullman dekat sini, malam tadi.

Tambahnya, ahli lembaga pengarah Yayasan Sarawak juga diwakili oleh pelbagai kaum di negeri ini dan persepsi menyatakan bahawa ia khusus untuk Melayu atau Bumiputera adalah tidak benar.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru