Tuesday, September 27, 2022

Warga emas maut, kereta pikap dan motosikal bertembung

Secara Rawak

SERIAN: Seorang lelaki warga emas maut setelah kereta pikap dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Tebedu, Kampung Pichin, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.52 pagi.

Katanya, mangsa, 63, tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba membantu mengangkat mangsa yang meninggal dunia dan seterusnya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal, 62, yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pihak KKM dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Pasukan bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan permukaan jalan raya akibat kemalangan tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru