Tuesday, August 16, 2022

Manfaatkan dana diberikan kerajaan

Secara Rawak

DEBAK: Sebanyak RM180,000 sumbangan projek khas diagihkan kepada 36 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Dun Saribas.

Ia diserahkan oleh Adun Saribas yang juga Timbalan Menteri Kesejahteraan Komuniti Mohammad Razi Sitam.

Katanya, peruntukan yang disediakan oleh kerajaan harus digunakan sebaik-baiknya.

“Saya berharap semua JKKK di Dun Saribas dapat memanfaatkan dana kerajaan ini untuk pelaksanaan aktiviti di peringkat kampung atau rumah panjang,” katanya seusai majlis penyerahan yang turut dihadiri Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal dan Temenggung Bahagian Betong Pi’ee Alwi.

Jelasnya, barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) mempunyai peranan yang sangat penting dalam membangunkan kawasan.

“Begitu juga dalam aspek perpaduan masyarakat.

Di peringkat akar umbi, mereka menjadi orang tengah yang menyatupadukan pelbagai pihak demi kebaikan bersama.

“Justeru, saya mengharapkan KMKK di Dun Saribas khususnya akan terus komited memikul amanah, menjalankan tanggungjawab demi kemajuan bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal, bahkan sosioekonomi dan bersatu padu,” ujarnya.

Razi pada masa sama mengingatkan agar mereka tidak culas dalam menyediakan profil kampung serta semua perkara yang ditetapkan dan dikehendaki oleh pejabat daerah masing-masing.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru