Tuesday, September 27, 2022

Keputusan SPM 2021 diketahui 16 Jun

Secara Rawak

KUCHING:  Calon SPM 2021 akan mengetahui keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  pada 16 Jun ini (Khamis).

Menurut Kementerian Pendidikan   Malaysia (KPM), calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi, manakala slip keputusan akan dihantar melalui pos bagi calon persendirian.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun sehingga pukul 6 petang pada 24 Jun.

Semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem itu akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6 petang pada 22 Jun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru