Wednesday, June 29, 2022

Ini cara Jakarta atasi masalah kesesakan lalu lintas

Secara Rawak

JAKARTA: Kerajaan provinsi Jakarta, Indonesia telah memperluaskan zon ganjil-genap kepada 25 berbanding 16 sebelum ini, berkuat kuasa semalam bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, lapor Bernama.

Peraturan itu mengehadkan akses ke kawasan tertentu kepada kenderaan persendirian dengan digit terakhir nombor plat sama dengan tarikh semasa.

Tinjauan Bernama di Jalan Pramuka, Jakarta Timur pada 5 petang, trafik sesak tetapi sebilangan besar kenderaan persendirian yang mempunyai nombor plat genap.

Waktu operasi ganjil-genap bermula 6 hingga 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) dan 4 hingga 8 pagi WIB, setiap Isnin hingga Jumaat kecuali hujung minggu dan cuti umum.

Penduduk bandar terbesar di Asia Tenggara itu bergelut masalah kesesakan lalu lintas yang teruk sejak sekatan Covid-19 semakin berkurangan, memaksa rakyat memilih menggunakan teksi motosikal.

Pegawai penguat kuasa melaporkan masih ramai yang tidak mengambil berat dengan peraturan itu dan amaran sudah diberikan.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan penalti sehingga 500,000 rupiah atau denda RM150.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru