Sunday, September 25, 2022

Bapa tiri, warga asing rogol  remaja OKU di Julau

Secara Rawak

JULAU: Polis menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 50-an yang disyaki mencabul dan merogol seorang gadis bawah umur yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Penahanan itu dibuat selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis pada 5 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin berkata, ibu mangsa dalam laporannya mendakwa bapa tiri mangsa dan seorang warga asing telah mencabul anak perempuannya berusia 14 tahun kira-kira jam 6.45 petang di sini pada 4 Jun lalu.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan pada hari yang sama pengadu memfailkan laporannya,” katanya dalam kenyataan.

Andam berkata Mahkamah Majistret Sarikei telah membenarkan tahanan reman tujuh hari ke atas kedua-dua suspek di dalam lokap polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 dan 376B Kanun Keseksaan.

Kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun manakala bagi Seksyen 376B, ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam tahun tetapi tidak lebih 20 tahun, dan juga boleh dikenakan hukuman penjara serta sebat.

“Kami tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melakukan sebarang kesalahan terhadap kanak-kanak. Kami juga berharap masyarakat akan bekerjasama secara bertanggungjawab bersama kami dalam mengatasi rogol dan serangan seksual dengan berkesan,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru