Sunday, September 25, 2022

Sarawak perlu pertahan keunikan makanannya

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak perlu mempertahankan keunikan makanan yang menggunakan bahan asli dari negeri ini untuk mengekalkan pengiktirafan Kuching sebagai bandar raya gastronomi.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, disebabkan itu juga masyarakat perlu melibatkan diri dan menjadi kreatif dalam penyediaan makanan.

Menurutnya, negeri ini mempunyai lebih daripada 20 kumpulan etnik dan jika setiap kumpulan mampu menghasilkan 10 jenis makanan di rumah maka terdapat lebih 200 jenis makanan akan dihasilkan.

“Saya percaya setiap makanan yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri, selain daripada persembahan dan rasa ia juga sering dikaitkan dengan budaya.

“Sarawak mempunyai pelbagai bahan atau ramuan tersendiri (dari Sarawak) yang boleh digunakan untuk menghasilkan makanan unik seperti gula apong yang digunakan untuk ais krim – di sinilah kreativiti diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai “Borneo Culinary Adventures-Sarawak” di GSC, CityOne Megamall dekat sini, semalam.

Tambahnya, ia juga sebagai usaha untuk mengekalkan pengiktirafan Kuching sebagai bandar raya gastronomi bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru