Monday, November 28, 2022

Perbezaan bukan penghalang

Secara Rawak

KUCHING: Perbezaan ideologi politik tidak menghalang wakil rakyat di Sarawak untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), 1 Jun lalu.

Ia dapat dilihat dengan kehadiran Pengerusi Parti Tindakan Demokrasi (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dan Adun Pending Violet Yong Wui Wui yang turut hadir ke sambutan majlis rumah terbuka anjuran barisan pemimpin Dayak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, rakyat Sarawak sememangnya menyokong antara satu sama lain termasuk dari segi sambutan pelbagai perayaan.

“Masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, budaya datang ke sini bukan hanya untuk menikmati juadah, tetapi dapat mengukuhkan perpaduan supaya kita mengenali budaya antara satu sama lain.

“Melalui persefahaman dan budaya tersebut juga kita akan dapat hidup dengan lebih aman dan bersatu padu,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut, 1 Jun lalu.

Tambah Uggah, tidak kira rumah terbuka Hari Raya atau Gawai Dayak ia diraikan bersama-sama semua lapisan masyarakat di Sarawak, sekali gus mengukuhkan perpaduan di negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru