Sunday, June 26, 2022

Polis tahan lelaki pukul isteri di Niah

Secara Rawak

MIRI: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan isteri dalam satu kejadian di sebuah rumah panjang di Sekaloh, Niah di sini.

Kejadian tersebut dilaporkan oleh seorang tuai rumah berhubung kejadian terbabit yang berlaku pada Khamis.

Susulan itu, suspek, 40, ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Batu Niah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan tangkapan tersebut.

Suspek ditahan reman tiga hari untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru