Sunday, June 26, 2022

Pelajar tingkatan satu hamil dirogol abang kandung

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki  berusia 21 tahun ditahan polis selepas dipercayai merogol adik kandungnya sehingga mengandung.

Mangsa, pelajar Tingkatan Satu belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan.

Suspek, seorang petani mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah ditahan di rumahnya di Kampung Beta Hulu Kadok, di Kota Bharu, pada pukul 2.50 petang Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dipetik sebagai berkata, kes sumbang mahram itu terbongkar selepas pihak hospital membuat laporan pada petang Khamis setelah mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, Selangor kerana sakit perut .

Katanya, ketika pemeriksaan terhadap mangsa mendapati, remaja berusia 13 tahun disahkan mengandung dengan usia kandungan 26 minggu.

“Siasatan awal dijalankan mendapati, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengatakan melakukan hubungan seks bersama-sama abang kandungnya beberapa kali,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa mangsa sehingga mangsa disahkan mengandung,” katanya menerusi kenyataan, malam tadi seperti dipetik Utusan Malaysia.

Muhamad Zaki berkata, bertindak atas maklumat diterima, pihaknya menahan suspek di rumahnya.

Katanya, pemeriksaan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru