Friday, August 19, 2022

Jemaah Haji Malaysia dikecualikan bayar ujian pengesanan Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Malaysia bersetuju agar ujian pengesanan Covid-19 bagi jemaah haji negara ini yang dilakukan di fasiliti Kementerian kesihatan Malaysia dikecualikan daripada bayaran dan dilaksanakan secara percuma.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bekratam bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di fasiliti9 kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih.

“Jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini termasuklah senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan Covide-19,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia.

“Bagi memastikan operasi haji dilaksanakan dengan selamat dan lancar, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan prosedur pencegahan dan pengawalan penyakit yang ketat susulan daripada pandemik Covide-19,” jelasnya.

Dalam hal ini, jelas beliau, Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan semua jemaah haji perlu disahkan negatif Covid-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru