Sunday, June 26, 2022

Benzema layak rangkul Ballon d’Or

Secara Rawak

PEMENANG tujuh kali Ballon d’Or, Lionel Messi menjelaskan penyerang Real Madrid, Karim Benzema berhak untuk memenangi anugerah berkenaan.

Penyerang Argentina itu berkata, apa yang ditampilkan Benzema pada musim ini sangat menakjubkan dan dia langsung tidak ragu sekiranya penyerang Perancis itu berjaya merangkul Ballon d’Or buat kali pertama.

“Sangat jelas bahawa Benzema melalui tahun yang menakjubkan dan ia diakhiri dengan dia menang Liga Juara-Juara.

“Dia amat penting sejak aksi 16 terakhir dalam setiap perlawanan dan saya rasa tiada keraguan bahawa Benzema berhak menang Ballon d’Or,” ujarnya.

Benzema sebelum ini merupakan watak penting ketika Real Madrid berjaya memenangi saingan Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-14 menang 1-0 ke atas Liverpool pada perlawanan aksi final yang berlangsung di Paris, Sabtu lalu.

Walaupun tidak menjaringkan gol di perlawanan akhir, namun dua jaringan hatrik Benzema di peringkat kalah mati termasuk dalam tempoh 17 minit ketika menentang Paris SaintGermain cukup penting untuk memastikan gelaran menjadi milik gergasi Sepanyol itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru