Friday, August 19, 2022

Bawa aura kampung untuk warga kota

Secara Rawak

Sejak dibuka pada tahun 2008, pusat beli-belah The Spring Kuching menjadi terkenal dengan hiasan luar biasa setiap kali musim perayaan.

Dengan keunikan tersendiri, pusat beli-belah ini menjadi tumpuan ramai pengunjung. Ia telah menyuntik semangat pihak pengurusan untuk memperhebatkan lagi hiasan setiap tahun.

Pengurus Bahagian Grafik dan Kreatif The Spring Kuching, James Vun telah berkecimpung dalam bahagian hiasan selama 15 tahun, manakala Pengurus Pemasaran The Spring Kuching Aida Azimah Abbas pula mengetahui akan visi dan memahami perkara yang perlu dilakukan dalam menghias pusat beli-belah terutama pada musim perayaan.

Inspirasi hiasan Sempena Hari Gawai Dayak tahun ini, wartawan bertemu dengan dua individu penting ini untuk berkongsi inspirasi di sebalik beberapa hiasan yang dipamerkan. Menurut Vun, dia mendapati Bandar Raya Kuching sangat strategik dan, dia ingin membawa beberapa hiasan dari Kuala Lumpur ke bandar raya ini.

“Kami mahu membawa sesuatu yang sangat berbeza kepada warga Kuching dan kepada masyarakat,” katanya. Aida s menjelaskan, dia mahu proses persediaan bagi perayaan itu menarik sekali gus mencipta pengalaman tertentu untuk pembeli dan pengunjung yang
datang ke The Spring.

Mengenai inspirasi hiasan Hari Gawai Dayak, Aida mendedahkan, ia terhasil apabila masyarakat tidak dapat pulang ke kampung halaman selama dua tahun akibat Covid-19. “Sebab sudah dua tahun kita tidak dapat berbuat demikian.

Akhirnya kita dapat pulang ke kampung halaman serta meraikannya bersama-sama keluarga,” ujarnya. Vun pula berkata, perincian hiasan adalah perkara yang penting untuk hiasan seperti jala dan bakul.

Tema kampung “Memandangkan kami menggunakan tema kampung tahun ini, kami membawakan aura kampung kepada warga kota.

“Tetapi kami melakukannya dengan lebih baik. Kami benarbenar meletakkan aspek penglibatan dan pengalaman.

“Sebagai contoh, kami mempunyai penenun songket sebenar untuk menjadi sebahagian daripada rumah kampung supaya keluarga, rakan-rakan, dapat pergi dan menyaksikan bagaimana songket dicipta.

Pada masa sama, menimbulkan perasaan untuk mencubanya di pusat beli-belah kami ini,” katanya. Aida juga menjelaskan, untuk Hari Gawai Dayak terdapat penenun rotan dipertontonkan dan mereka datang dari beberapa kampung yang terkenal dengan tenunan tersebut.

“Mereka kini berada di sini dan menunjukkan bagaimana tenunan dilakukan di dalam Baruk. “Manakala untuk musim bunga, pengalaman pelanggan dan pendidikan adalah sesuatu yang kita mahu terapkan.

Selepas itu, kita akan fikirkan tentang apa yang kita mahu lakukan apabila ia berkaitan dengan hiasan,” jelasnya.

Pengalaman Vun menambah, setiap bangunan hiasan yang didirikan bukan sahaja untuk paparan tetapi ia mencipta pengalaman kepada pelanggan.

Maka, Aida berharap setiap kali orang ramai datang ke The Spring, mereka dapat melihat hiasan yang menarik sekali gus dapat merasai suasana perayaan.

“Kami berharap ibu bapa yang dilahirkan dan dibesarkan pada tahun 80-an dapat berkongsi dengan anak-anak bagaimana mereka dibesarkan di sebuah kampung seperti melakukan aktiviti menenun dan sebagainya.

Saya percaya mereka akan mengingati semua memori ini,” kata Aida. Vun pula menjelaskan apa yang ingin dicapai adalah pengalaman seperti gaya hidup berkeluarga dan sesuatu yang boleh ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

“Hiasan ini juga dibuat untuk mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman. “Jika mereka tidak dapat kembali ke kampung, mereka boleh datang ke sini untuk menikmati pengalaman bersamasama anak-anak dan ahli keluarga lain,” kata Vun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru