Sunday, September 25, 2022

APM Miri tangkap ular tedung selar di Miri

Secara Rawak

MIRI: Seekor ular tedung selar sepanjang satu meter berjaya ditangkap di Taman Da Shing 5, Jalan Taman Tunku di sini, hari ini.

Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) Miri mengambil masa kira-kira 17 minit menangkap ular tersebut.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 7.48 pagi dari seorang lelaki, 42.

“Setibanya di lokasi, pihaknya dimaklum oleh pengadu bahawa mengenai ular tersebut disedari oleh adiknya yang sedang berkebun.

“Dia melihat ular menjalar dihadapannya terus masuk ke tudung saji yang digunakan beliau untuk mengaup daun kering,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, skuad Bravo meninjau lokasi yang telah dinyatakan pengadu tersebut dan menemui ular bersembunyi di dalam tudung saji yang digunakan oleh pengadu untuk berkebun.

“Skuad Bravo berjaya menangkap ular tedung selar bersaiz sebesar lengan kanak-kanak dan sepanjang satu meter lebih,” ujarnya.

Katanya, ular itu kemudiannya dilepaskan ke habitat asal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru