Sunday, June 26, 2022

PRU-15: Najib optimis BN punya peluang cerah

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak optimis peluang BN akan lebih cerah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan kepercayaan daripada rakyat setelah mereka melihat dan merasai serta boleh membuat perbandingan pemerintahan yang menerajui negara selepas PRU yang lalu.

Bercakap pada sesi pembentangan pada Konvensyen BN semalam, Najib yang juga mantan Perdana Menteri seterusnya menambah peluang berkenaan bagaimanapun akan terbentang seandainya seluruh jentera parti di dalam BN dapat bersatu padu serta melaksanakan peranan masing-masing dengan sebaiknya atas semangat BN.

“Kalau kita bersatu saya yakin… dan saya dah pergi ‘on the ground’… maka saya yakin. Sudah ada angin perubahan dan angin ini bertiup ke arah BN.

Namun jangan kita dibuai dengan kemenangan pilihan raya kecil. Kalau nak menang buat persiapan… buat persiapan dan buat persiapan. Keduanya jangan pandang enteng parti yang mencabar kita.

Kalau kita merasakan bahawa kita tidak kebal dan kita buat strategi yang betul, saya optimis BN akan menang.

“Kenapa saya katakan begitu… pertama rakyat mahu melihat parti yang boleh bergantung harap untuk masa depan mereka.

Kita pilih slogan ‘Kestabilan’ di Melaka akhirnya BN mendapat kemenangan yang cukup baik.

Sebab apa… sebab orang mahukan kestabilan dan kestabilan adalah jaminan masa depan,” katanya seperti dilapor Umno Online.

Najib seterusnya menyatakan BN juga mempunyai ‘track record’ dalam mengemudi serta memacu negara termasuklah juga ketika zaman Perikatan dan ianya adalah ‘track record’ yang merentasi generasi.

“Apa yang kita lihat hari ini hampir semua adalah jasa perjuangan Perikatan serta BN dan bukannya PH atau PN.

Maknanya orang boleh tahu BN ada ‘track record’… kalau nak beri kepercayaan beri kepada siapa… sudah tentulah beri kepercayaan kepada yang telah ‘deliver’ serta mampu dan bukannya retorik.

Sebab itu mereka rindukan BN… zaman BN. Sebab mereka dah ‘compare’. Zaman BN dan PH. Tambah lagi PH ini janji macam-macam dan saya tidak perlu sebutlah.

“Apabila kita turun ke bawah kita kena ingatkan rakyat siapa yang mungkir janji… membohong skala besar yang tidak pernah berlaku dalam sejarah tanah air.

Orang tipu punya tipu akhirnya ‘yillek’. Selepas itu apabila kita nak ‘deliver’ kena yang ada kebolehan.

Kebanyakan menteri-menteri ‘cap ayam’. Kadangkala kenyataan yang bangang. Kita kena ingat… antaranya minum ‘sesudu sawit sehari’.

tukar kasut putih kepada kasut hitam… itukah kualiti pendidikan… sepatutnya bangunkan sistem pendidikan dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru