SELAMAT…. Kesemua mangsa ditemui selamatSRI AMAN: Tujuh individu berdepan detik cemas selepas perahu dinaiki mereka karam di perairan Resort Aiman, sekitar jam 6.30 petang, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, kesemua mangsa dilaporkan terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.
Menurutnya, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong bersama sebuah bot telah menuju ke lokasi bagi operasi menyelamat mangsa.
“Komander operasi mengesahkan kesemua mangsa dalam keadaan selamat tiba di jeti resort Aiman.
“Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Hospital oleh pihak polis bagi pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.25 malam.
