Sunday, June 26, 2022

Pemandu tersepit kereta terbabit kemalangan

Secara Rawak

BINTANGOR: Pasukan bomba mengambil masa kira-kira 15 minit mengeluarkan seorang pemandu berusia 24 tahun tersepit di dalam sebuah kereta akibat kemalangan di Jalan KJD- Sungai Lelabi, kira-kira jam 9.15 malam semalam.

Kemalangan membabitkan pertembungan antara dua kereta mengakibatkan kereta dipandu mangsa mengalami remuk teruk di bahagian hadapan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pemandu kereta Kancil didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu

“Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit kemudian.

“Sebaik saja dikeluar, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, dedahnya pemandu bagi kereta Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kerja-kerja pembersihan jalan daripada sisa-sisa kemalangan dan tumpahan minyak turut dilakukan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.43 malam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru