Sunday, June 26, 2022

Pelbagai minuman keras berjenama tidak bercukai berjaya dirampas

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Pelbagai minuman keras berjenama dengan anggaran nilai sejumlah RM135,868 di sebuah premis, di sini, berjaya dirampas dalam satu serbuan, hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPM W5) Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali berkata rampasan dilakukan kerana minuman yang terdapat dalam premis tidak bercukai.

“Minuman keras di premis ini dipercayai tiada cukai kastam dan tidak memiliki pelekat setem dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, semua barang yang dirampas diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Samarahan untuk tindakan lanjut.

“Sementara, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Mengulas lanjut, serbuan mendapati bahawa dua individu yang terlibat dipercayai pasangan, membabitkan seorang lelaki warganegara Afrika dan seorang perempuan tempatan.

Dalam pada itu, serbuan berjaya dilakukan atas kerjasama antara pihak polis diketuai seorang pegawai dan empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Pasukan (PPM W5) dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kota Samarahan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru