Sunday, June 26, 2022

Mayat dua kanak-kanak lemas ditemui

Secara Rawak

KAPIT: Mayat dua kanak-kanak yang dilaporkan lemas di Sungai Rajang berdekatan Rumah Ekaw, Nanga Semawang dekat sini ditemui awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, maklumat dari bilik kawalan Kapit terima panggilan pada jam 7.30 pagi memaklumkan kedua-duanya dijumpai oleh orang awam.

“Mangsa pertama kanak-kanak lelaki telah dijumpai tidak jauh dari SK Nanga Embuau pada jam 7.15 pagi.

“Manakala mangsa kedua iaitu kanak-kanak perempuan juga telah dijumpai oleh orang awam di sungai tetapi dalam kawasan jagaan Balai Bomba Pusat (BBP) Song,” ujarnya sebentar tadi.

Dalam kejadian pada petang Selasa lalu, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Chelsea Charity Darrie Ricky, 10 dan Damien Dashlley Sedan Donny, 9 dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama keluarganya sebelum hilang dibawa arus.

MAYAT mangsa kanak-kanak lelaki ketika dijumpai tidak jauh dari SK Nanga Embuau pada pagi ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru