Tuesday, August 16, 2022

Dua remaja sesat 17 jam

Secara Rawak

KUCHING: Dua remaja sesat hampir 17 jam sesat di hutan Kem Permai, Santubong di sini ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kedua-dua mangsa, 19, ditemui pada jam 11.25 pagi semalam.

Katanya, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 10.30 pagi dan pencarian dibahagikan kepada tiga kumpulan di sekitar kawasan Kem Permai sehingga ke kawasan air terjun, tempat terakhir mangsa.

“Ketika pencarian dilakukan dari anggaran radius 1 kilometer dari “checkpoint” pertama, anggota SAR terdengar suara mangsa dan terus melakukan off trail ke suara lokasi mangsa didengari sehingga menjumpai kedua-dua mangsa dalam keadaan selamat pada jam 11.25 pagi.

“Anggota SAR bersama-sama kedua-dua mangsa selamat tiba di Pusat Kawalan Bomba (PKB) Kem Permai dan mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan sesat semasa mendaki di Kem Permai, Santubong pada kelmarin, kirakira jam 6.42 petang.

Pelapor memaklumkan mangsa berada berdekatan dengan air terjun. Bagaimanapun, operasi menjejak mangsa sukar kerana kedua-duanya bergerak untuk mencari laluan untuk keluar dari air terjun serta talian telefon dan aplikasi WhatsApp mangsa tidak dapat dihubungi.

Operasi terpaksa ditangguhkan pada jam 1.22 pagi atas faktor pencahayaan dan laluan curam serta pendaki telah dikatakan lari dari trek sebenar.

Pencarian yang bersambung semalam membabitkan seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Turut berada dilokasi, lima anggota dari Unit Khas STORM/ MUST, 16 anggota polis, dua anggota dari unit K9 polis, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC). Operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengah hari semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru