Sunday, June 26, 2022

BBP Betong, misi menyelamat bot karam di Lubok Antu

Secara Rawak

LUBOK ANTU: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak telah menerima panggilan berhubung insiden bot karam di perairan Resort Aiman, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap PGO, laporan perihal bot karam tersebut diterima sekitar jam 6.30 petang menerusi MERS 999.

“Berdasarkan laporan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), terdapat tujuh mangsa terlibat dalam insiden tersebut.

“Subjek dipercayai masih terapung di sekitar lokasi bot karam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, pada Rabu.

Katanya lagi, empat anggota diketuai PBK II Edwin Jonani dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong telah dikerahkan ke tempat kejadian untuk misi menyelamat.

Untuk makluman, jarak antara BBP Betong dan lokasi kejadian ialah 70 kilometer. Perjalanan untuk sampai ke destinasi dianggarkan mengambil masa sekitar satu jam lebih.

Lokasi kejadian

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru