Sunday, June 26, 2022

Seorang lelaki tempatan ditangkap, salah guna dadah

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dalam lingkungan 36 tahun ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan dadah di sebuah hotel di Jalan Bank Hock Road, semalam (Selasa).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata dadah jenis methamphetamine seberat 6.20 gram dianggarkan bernilai RM620 turut berjaya dirampas.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek di bahagian poket hadapan sebelah kanan seluar pendek bewarna kelabu gelap yang dipakai berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini (semalam) dan tamat pada 3 Jun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, suspek memiliki dua rekod kesalahan lampau dadah. Hasil saringan awal air kencing turut menunjukkan suspek positif dadah jenis Syabu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta diwajibkan sebatan rotan antara tiga hingga sembilan kali,” katanya.

Beliau turut menggesa agar masyarakat menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing bagi membolehkan pihak Polis mengambil tindakan segera.

Suspek berjaya ditangkap

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru