Friday, August 19, 2022

Salah guna dadah, lima lelaki tempatan ditangkap

Secara Rawak

BINTULU: Lima lelaki tempatan ditangkap di kawasan Jalan Sommerville dan Jalan Hoover, di sini, kerana terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata kelima-lima suspek dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun turut ditahan untuk tindakan susulan.

“Dadah jenis Syabu seberat 16 gram dirampas dan empat daripada lima suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Manakala, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 ekoran keputusan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam ujian saringan awal yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tiga kali dikenakan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Manakala, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun dikenakan jika sabit kesalahan Seksyen 15(1) ADB 1952.

Menurutnya lagi, tangkapan ini merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, disamping mencegah aktiviti jenayah di daerah tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini diseru untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru