Sunday, September 25, 2022

Wanita 68 tahun kena tipu RM565,700

Secara Rawak

Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM565,700 dipercayai akibat diperdaya oleh seorang ‘doktor’ yang dikenalinya melalui platform media sosial tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata mangsa berusia 68 tahun bekerja sebagai penjaga stor kilang diperdaya suspek melalui modus operandi Love Scam atas talian sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini.

“Mangsa terpedaya setelah berkenalan dengan seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama sebagai Ding Nai Wei yang mendakwa seorang doktor sedang bekerja di Iraq,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik Bernama.

Osman berkata suspek telah merayu kepada mangsa untuk memasukkan sejumlah wang untuk dibayar kepada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya suspek dapat keluar dari Iraq dan berjanji akan memberikan wang sebanyak RM5 juta kepada mangsa apabila suspek sampai di Malaysia.

“Rayuan suspek telah menjerat mangsa sehingga mangsa melakukan 69 kali transaksi ke dalam 13 akaun bank iaitu 12 kali transaksi melalui Maybank dan sekali melalui CIMB Bank,” katanya.

Menurut Osman sebanyak 11 kali transaksi dilakukan ke dalam akaun penama Brayen Robson Anak Sito dan sekali atas akaun penama Ho Yee Mun serta satu kali transaksi menggunakan CIMB Bank di akaun penama Clayton Roland.

Katanya semua transaksi wang berkenaan dilakukan mangsa melalui mesin ATM di Maybank Cawangan Taiping bermula dari 4 Okt 2021 hingga 21 Mei tahun ini.

“Mangsa tidak pernah bertemu dengan doktor tersebut sepanjang perkenalan mereka dan mangsa hanya berhubung di aplikasi WhatsApp melalui dua nombor talian iaitu +1(786)6526776 dan +1(984)3683962,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru