Sunday, June 26, 2022

Sertai Berbasikal Criterium Kalaka 2022

Secara Rawak

KUCHING: Peminat sukan berbasikal di Bahagian Betong diseru untuk menyertai Perlumbaan Berbasikal Criterium Kalaka 2022 yang akan berlangsung dari 13 hingga 14 Ogos depan.

Perlumbaan anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (BDCA) itu bakal menyaksikan tiga kategori dipertandingkan.

Iaitu Remaja (18 tahun ke bawah), Veteran (45 tahun ke atas) dan Terbuka MTB.

Perlumbaan dua hari itu tertutup khas untuk masyarakat Bahagian Betong sahaja.

Pendaftaran sudah mula dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi pegawai jawatankuasa pengelola iaitu Muhammad Faizal Wahid (019-8748555), Dayang Amynarima Abang Mua’an (013-8006109) dan Rosmini Abdul Rahman (011-25073711).

Individu berminat disaran mendaftar awal, yuran untuk setiap kategori ialah RM50. Tarikh akhir pendaftaran ditetapkan pada 1 Ogos depan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru