Friday, August 19, 2022

Opar bakal pesat membangun

Secara Rawak

LUNDU: Opar diyakini dapat berkembang sama laju dengan kawasan lain apabila manifesto kerajaan dilaksanakan sebaiknya di kawasan tersebut.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata ia sesuai dengan masa kerana negara sudah berada pada fasa endemik.

“Apabila saya tiba di sini, banyak jalan Pan Borneo sudah siap. Sekiranya semua sudah lengkap, ia pasti mendatangkan kepentingan dari pada pelbagai aspek termasuk pelancongan dan lain-lain.

“Justeru, mari laksanakan semua manifesto yang telah dijanjikan pada pilihan raya yang lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Pusat Khidmat Opar Kampung Temaga Melayu, di sini.

Tambahnya, kerajaan juga mempunyai satu undang-undang baharu untuk dilaksanakan penghujung tahun ini iaitu Tabung Dana Berdaulat demi kepentingan Sarawak menjelang tahun 2030.

“Seperti di Norway, mereka menyimpan RM600,000, namun selepas 26 tahun, jumlah meningkat kepada 1.35 trilion dolar Amerika.

“Oleh itu, kita mesti bersatu padu.

Kita tidak akan dapat capai matlamat utama sekiranya kita bergaduh.

Apabila negeri Sarawak kaya, rakyat turut mendapat manfaat,” katanya.

Sementara, Adun Opar Billy Sujang turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan peruntukan kepada masyarakat di kawasan tersebut.

Katanya, semua pihak berkaitan akan menerima dana tersebut termasuk masjid, jawatankuasa, biro wanita, belia dan sebagainya.

“Setiap jawatankuasa kampung akan menerima peruntukan sebanyak RM6,000. Manakala, RM5,000 akan diagihkan kepada masjid dan RM3,000 bagi wanita.

“Bagaimanapun, belia tidak diberikan kerana tiada akaun diserahkan. Justeru, saya ingin menekankan bahawa penting untuk memiliki akaun bagi memastikan proses pemberian dapat disalurkan dengan lancar. “Tetapi, belia masih boleh menghantar permohonan kepada kami untuk membantu dari segi pelaksanaan program pada masa akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru