Monday, December 5, 2022

Mengada-adakan cerita, melaga-lagakan pemimpin

Secara Rawak

​​KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka  meluahkan kekesalan ekoran spekulasi yang sengaja ditimbulkan pihak tertentu terutama pembangkang.

Kenyataan itu dikeluarkan ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh; ADUN Rim, Datuk Khaidiriah Abu Zahar dan ADUN Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis.

Mereka juga turut menyatakan sokongan kepada pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kepimpinan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf.

“Usaha melagakan kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri dengan cara mengada-adakan cerita yang sangat berbentuk spekulatif ini mulanya dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

“Tetapi apa yang rnenyedihkan ialah fitnah yang dimulakan pihak pembangkang ini dikeruhkan lagi oleh individu-individu tertentu di dalam UMNO sendiri yang mendakwa mewakili jawatan utama di dalam peringkat bahagian.

“Apa yang telah dinyatakan sebelum inl oleh mereka adalah bersifat peribadi dan tidal‹ pernah sama sekali dibincangkan apatah lagi diputuskan oleh Biro Politik UMNO Bahagian Jasin,” kata mereka menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, mereka juga turut menyeru agar pihak yang tidak bertanggungjawab ini berhenti menyebarkan fitnah dan meminta untuk ahli UMNO kembali kepada asas perjuangan bagi menumpukan segala perhatian, tenaga dan usaha dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 bagi memastikan UMNO sebagai kuasa dominan di dalam kerajaan.

“Dalam masa yang sama, kami mohon agar Lembaga Disiplin UMNO untuk bertindak dan menyiasat sekiranya terdapat ada anasir yang cuba terus memecah belahkan muafakat kami di dalam UMNO ini.

“Sekarang ialah masa bekerja dan berbakti untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat yang telah mengundi kita pada Pilihan Raya Negeri Melaka yang lalu,” kata mereka.

Dr Muhamad Akmal selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin juga mengakui bahawa beliau tidak pernah dijemput untuk berbincang sama ada melalui mesyuarat rasmi atau tidak rasmi berkaitan kenyataan dan pendirian Ketua Bahagian mengenai isu ini.

“Manakala dalam kerajaan Negeri Melaka, saya selaku EXCO Kerajaan Negeri tidak pernah sekalipun sebarang usul juga cadangan untuk tukar Ketua Menteri diperkatakan apatah dibincangkan di peringkat EXCO juga ADUN-ADUN,” katanya.

“Maka inilah asas mengapa kita katakan bahawa semua itu pendirian peribadi beliau dan tidak sedikit pun mewakili UMNO Bahagian Jasin.

“Fitnah yang dimulakan oleh pembangkang ini sepatutnya dipatahkan oleh kita semua tetapi yang berlaku adalah sebaliknya dan inilah alasan utama mengapa kami terpanggil untuk menyatakan hal sebenar bagi menjelaskan pendirian serta situasi kami di Bahagian Jasin,” jelas Akmal.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru