Sunday, June 26, 2022

Liga Premer 2022: Kuching FC belasah Selangor FC 2

Secara Rawak

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) menamatkan saingan pusingan pertama kempen Liga Premier 2022 dengan penuh bergaya.

Membelasah Selangor FC 2 (5-1) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi.

Bintang import sensasi, Abu Kamara muncul wira The City Boys apabila menyumbat hatrik untuk pasukannya pada minit ke-35, 45(+3) dan 82.

Sambil, dua lagi gol dijaringkan oleh Shafizi Iqmal Md Khairudin minit ke-78 dan Yuki Tanigawa minit ke-90 (+2).

Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh George Teteh Attram minit ke-72

Kemenangan kelima diperoleh anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim selepas mengharungi Sembilan perlawanan, meletakkan mereka dikedudukan keempat dengan menggumpul 17 mata.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru