Tuesday, September 27, 2022

Kemenangan Rafizi beri tekanan kepada Anwar bersara awal

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan gandingan baharu  Datuk Seri Anwar Ibrahim-Rafizi Ramli mengekalkan PKR sebagai parti retorik, kerana kedua duanya pakar persepsi.

“Kemenangan besar Rafizi Ramli amat mengejutkan ia juga menunjukkan penolakan terhadap Anwar, ia juga tekanan kepada Anwar supaya bersara awal. Pengaruh Anwar merosot luar dan dalam,” katanya melalui satu kenyataan di Facebook.

“Majoriti ahli PKR memberi signal bahawa Anwar bukan lagi poster boy atau calon Perdana Menteri yang boleh diharap. Apatah lagi ramai pemimpin pro-Anwar tewas di peringkat cabang,” katanya lagi.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit bagaimanapun mempersoalkan kemenangan Rafizi yang seperti diketahui umum bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai ‘putar alam’.

Rafizi menewaskan penyandang, Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk jawatan nombor dua parti itu.

“Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ada substance tetapi kesetiaan pada parti ketika susah dan senang tidak dapat membantunya untuk menang. Putar alam macam Rafizi lebih diterima… tiada jaminan PKR adalah parti reformasi,” katanya.

Katanya, ini berdasarkan keputusan pemilihan PKR yang berakhir semalam menyaksikan kem Anwar tewas di peringkat cabang.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Rafizi mendahului Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru