Tuesday, August 16, 2022

Dua remaja dikhuatiri sesat di Kem Permai

Secara Rawak

KUCHING: Dua remaja dikhuatiri sesat selepas dipercayai terkeluar dari trek hutan di Kem Permai, Santubong, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kejadian membabitkn kedua-dua mangsa berumur 19 tahun dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.42 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba yang tiba dilokasi terus melakukan pencarian bersama tujuh anggota polis dan dua kakitangan Kem Permai.

“Mangsa cuba membuat unggun api sebagai penanda kedudukan disamping Google Location yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) terpaksa dihentikan pada jam 1.22 pagi atas faktor pencahayaan dan laluan curam.

Katanya, operasi SAR bersambung hari ini dengan pasukan STORM dan MUST digerakkan ke lokasi untuk pencarian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru