Friday, October 7, 2022

Dua maut, motosikal bertembung di Serian

Secara Rawak

SERIAN: Dua penunggang motosikal maut selepas bertembung di Kilometer 55, Jalan Kuching-Serian, di sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.25 membabitkan dua lelaki berumur 19 dan 33 tahun.

Katanya, kemalangan berlaku apabila mangsa, 19, telah menunggang motosikalnya secara melawan arus berdasarkan maklumat dari saksi yang melihat kejadian.

“Motosikal yang ditunggang remaja tersebut telah bertembung dan berlanggar secara berhadapan dengan motosikal ditunggang lelaki yang datang dari arah Kuching.

“Remaja tersebut telah tercampak di ke besi pembahagi jalan manakala lelaki terbabit tercampak ke bahagian tepi jalan sebelah kiri arah menuju ke Serian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh pasukan paramedik dari Hospital Serian.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru