Sunday, June 26, 2022

Black Hornbill tekad tebus kegagalan final lalu

Secara Rawak

MALUDAM: Ketua Jurulatih Ragbi Maludam Hornbill, Tuan Muhd Shalihi Tuan Far mahu anak-anak buahnya kekal fokus dalam misi memburu kejuaraan pada kejonanan yang akan berlangsung 14 dan 15 Jun ini.

Kejohanan Majlis Sukan Sarawak (MSS) bawah-12 bahagian Betong tersebut akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Tuie dengan menyaksikan seramai enam pasukan bakal bersaingan merebut kejuaraan.

Mengakui pentas itu bakal menjadi landasan sukar untuk merebut kejuaraan, namun beliau berharap aksi terbaik mampu dipamerkan menjelang perlawanan tersebut.

Sambil yakin dengan kemasukan beberapa pemain baharu dalam pasukan mampu memberikan impak permainan khususnya di bahagian sayap.

“Setakat ini pemain utama masih belum ditentukan lagi kerana kita mahukan mereka yang bersedia dari pelbagai sudut terutama dari segi kecergasan.

“Ada beberapa pemain tambahan dibawa masuk, dan kita sedang meneliti sekiranya ada dalam kalangan mereka dapat mengisi posisi di bahagian sayap,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahnya, setakat ini latihan hanya tertumpu pada sebelah pagi kerana khuatir anak-anak buahnya terdedah dengan kecederaan sebelum perlawanan.

TEGAS…Salihi (tengah) memberi penjelasan kepada pemain-pemain semasa sesi latihan di padang Bola Sepak Maludam

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru