Monday, December 5, 2022

Atur gigi murah, gigi wanita seperti “kekunci piano”

Secara Rawak

TEHRAN: Seorang wanita bernama Aida Azizii sanggup ke Tehran melakukan prosedur mengatur giginya kerana prosedur pergigian tersebut terlalu mahal di negaranya sendiri.

Menurut Aida, dia hanya perlu membayar sekitar RM3,000 (£550) untuk melakukan “composite bonding” iaitu prosedur kosmetik untuk memperbaiki rupa gigi yang sumbing, retak, berubah warna dan tidak betul.

Harga tersebut jauh lebih rendah berbanding harga di negaranya sendiri.

Hasilnya bagaimanapun amat mengecewakan, giginya menjadi tidak sepadan dan dia juga mengalami kesukaran menutup mulutnya.

Prosedur yang gagal itu bukan sahaja mengubah senyuman dan penampilannya, tetapi juga mengubah suaranya, menurut pengurusnya.

Foto Aida dengan set gigi barunya kini dikongsi secara meluas di media sosial selepas dia menyiarkan video TikTok untuk bercakap pengalaman pahitnya itu.

Menurut Aida sebelum prosedur bermula, doktor gigi sibuk dengan pesakit lain, ekoran itu pembantunya memulakan kerjanya dan pembantunya memberi jaminan agar mempercayainya kerana dia selalu melakukannya dan itu adalah tugasnya.

Aida mendakwa dia tidak boleh makan selepas prosedur itu kerana gigi belakangnya tidak dapat menyentuh hujung lidahnya.

Apabila dia berjumpa semula dengan doktor gigi tersebut untuk menyelesaikan masalahnya, sekali lagi hanya pembantu tersebut yang melakukan kebanyakan kerja pembetulan.

Gadis itu kemudiannya mencari doktor gigi lain di Iran yang dapat membetulkan masalah giginya, lapor Arynews

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru