Friday, August 12, 2022

1,325 kes, empat kematian Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 1,325 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan empat lagi kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ini menjadikan jumlah keseluruhan  4,505,059 kes.

Jumlah kes aktif  ialah  23,779, turun 22 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Sejumlah 35,669 kematian  Covid-19 dilaporkan sejak virus maut itu melanda negara ini pada Mac 2020.

Jumlah kes baharu berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (611)
  • Kuala Lumpur (218)
  • Pulau Pinang (94)
  • Perak (82)
  • Johor (51)
  • Kedah (50)
  • Negeri Sembilan (48)
  • Melaka (41)
  • Sabah (41)
  • Putrajaya (35)
  • Sarawak (14)
  • Kelantan (13)
  • Pahang (13)
  • Terengganu (11)
  • Perlis (3)
  • Labuan (0)

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru