Tuesday, December 6, 2022

PM ucap Selamat Hari Gawai Dayak

Secara Rawak

KUCHING:  Hari Gawai akan disambut masyarakat Dayak di Sarawak esok.

Sempena perayaan itu, Perdana Menteri  merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada ahli Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,  perayaan Hari Gawai tahun ini kembali diraikan dalam suasana yang meriah setelah dua tahun negara dikekang oleh pandemik Covid-19.

“Ambillah peluang ini untuk kunjung-mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengabaikan keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling,” katanya.

“Semoga semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi budaya dan amalan hidup kita memantapkan lagi semangat Keluarga Malaysia,” menurut beliau melalui satu hantaran di Facebooknya.

 “Gayu Guru Gerai Nyamai,” ucap Perdana Menteri.

Perayaan Hari Gawai diraikan oleh masyarakat Dayak  yang terdiri daripada kaum Iban, Bidayuh dan  Orang Ulu di Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru