Sunday, June 26, 2022

Wanita warga asing ditemui mati di Batu Kawa

Secara Rawak

PADAWAN: Seorang wanita warga asing ditemui mati disyaki ditikam dalam satu kejadian di sebuah bilik sewa di Batu Kawa, di sini semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh anak mangsa yang memaklumkan kepada rakan ibunya ke sebuah premis perniagaan berhampiran.

Rakan ibunya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui tidak menyedarkan diri dan dalam keadaan berlumuran darah

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 5 petang sementara mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 36 tahun.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru